Laris, Terhiris dan Tergores: Ulasan buku Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin

Buku ini cukup laris kerana cetakan pertamanya tahun 2007 yang bermakna sudah 7 kali ulang cetak dalam masa 3 tahun ini, iaitu suatu yang agak fenomenal dalam industri perbukuan di Malaysia. Tidak syak lagi satu daripada kunci utama larisnya buku ini ialah judul yang berbunyi cukup Islam… ada perkataan “Quran”, dan cukup moden … ada perkataan yang berhubung dengan sains, iaitu “saintifik”.